Istinsyaq iaitu memasukkan air kedalam hidung dan keluarkannya semula.
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, maksudnya : “Sesiapa berwuduk hendaklah menyedut air ke dalam hidung kemudian mengeluarkannya semula .” (HR Muslim)
Kebaikkan Instinsyaq ialah mampu menyembuhkan penyakit resdung.
Saya sendiri salah seorang yang mengalami penyakit resdung dari kecil lagi, dan jerawat akibat resdung tu, alahai.... tak nampak bersih muka. Tapi lepas mengamalkan instinsyaq ni, resdung pun makin kurang, alhamdullilah . Jerawat pon sama kurang sebab resdung dah kurang. mula-mula buat memang sakit, sakit kat kepala dia memang kuat macam makan wasabi banyak-banyak sekaligus tapi lepas beberapa hari, rasa sakit tu dah kurang kadang-kadang tiada pun. Saya memang sarankanlah pembaca untuk mengamalkan instinsyaq ni lagi-lagi time mengambil wudhuk.