Archive for March 2013

Peri-Peri Chicken

hohoho tadi baru dapat makan nando's. mmg xperience baru dan best. kami pilih full bird utk 3 orang 1/4 ayam tu perapan lain2 dari herb ke mild ke hot dan very2 hot. tak tau la sbb dah terbiasa makan pedas kot, x rse ape sgt ayam yg xtreme hot tu, xde gambar tadi sebab semua sedang khusyuk makan ayam macam serigala kelaparan , mmg fun dpt relaks sekejap sebab bila duduk kolej stress tgk kerja bertimbun...
nak tak nak buat je la, tapi kena ikhlas baru berkat. my resolution bila buat kerja buat ikut mood dan jgn rasa terpaksa. nanti x best
Sunday, March 31, 2013
Posted by Unknown
Tag :

Why Should I Write?

                     Last Wednesday, I went to a workshop called why i should be a writer, there are two speakers and a moderator. Those guys have a very interesting bold personality.
                                                  " Never be afraid "
                
                     Very inspiring those word you know , never be afraid. Just do anything that you have passion into.
                      I hope I had an idea for something to write. Still blank...
Friday, March 15, 2013
Posted by Unknown

Buku Oh Buku

Minggu ni dekat DTC ada buat pameran buku, saya beli dua buah buku baru iaitu mencari pengaruh dan juga tafsir/terjemahan al-quran. Baru sahaja baca sedikit, tetapi aura buku motivasi ni lain sikit, dia macam membuatkan kita seolah-olah " eh, esok aku nak buat macam ni lah," saya banyak buku kat bilik ni, banyak tak habis baca lagi, baca sikit sikit je, tu pun time free, tak da masa tetap lagi, harap-harap buku-buku ni menjadi pelaburan yang baik untuk saya. Amin.
Friday, March 8, 2013
Posted by Unknown

PESTA PESTA PESTA KO-K

            Fakulti SKET nak buat pesta KO-K, pada mereka yang bosan duduk kat kolej jer cuba lah datang pesta ni, nasihat saya " JUST JOIN WHATEVER YOU FEELING LIKE TO JOIN, TAPI KENA KASI KOMITMEN LAH LEPAS TU" . jangan jadi macam biskut.


Ini ialah detail pesta tersebut...


Pesta Ko-K
Date: 30th May 2013
Venue: Dewan Tunku Canselor, UM
Time: 9am - 10pm
Breakdown: 9am - 4pm: Exhibition & 730pm-9pm: Performance
Key Points:
  • Part of the program is the Cultural Night
  • NGOs who are engaged in the education, care or counselling services to youth.
  • A venue to showcase student's skills & talents, can also be a venue to inform,show & disseminate to our society & nearby community what our students do during the semester.



Tuesday, March 5, 2013
Posted by Unknown
Tag :

Serba-Sedikit Gambar-Gambar Yang Saya Ambil


















Sunday, March 3, 2013
Posted by Unknown

2&3 March , Hari yang penat!

2 March 2013
                 
6:00-7:00 pagi :
                          Bersiap-siap dengan smart sebab nak pergi program SERU ni, tak tau la knape, tapi rasa excited sangat . Semangat-semangat maybe ada LDK kot kali ni.

7:00-9:00 pagi:
                        Breakfast sikit, pastu gerak dari Kolej Kediaman 12(KK12), BERJALAN KAKI ke KPS sebab kalau nak tunggu bas shuttle hari sabtu memang macam menunggu result semester nak keluar laah... (Budak fakulti kejuruteraan dan Sains faham kot hihihihi). Saya memang peminat alam semula jadi, pagi-pagi saya suka berjalan dari KK12  hingga ke fakulti saya. Suka sangat tengok pokok di pusat asasi sains UM (PASUM). Cantik betul! Tapi macam biasa lah bila sampai destinasi berpeluh sikit... kot? hahahaha tak mengapa, peluh itu sihat.

9:00 pagi-1:00 petang :
                       Abang Mirul dengan Kak Elin ajar benda baru hari ni, nama dia real leadership, topic ni mengajar kami semua ciri-ciri pemimpin yang terbaik,
                         THE FIRST PERSON YOU LEAD IS YOU!
            Saya dapat relate apa yang mereka katakan, sebab selepas dapat baucer buku 1 Malaysia tu, saya beli buku motivasi LIVING LEADERSHIP, A PRACTICAL GUIDE FOR ORDINARY HEROES. - G.Binney,C.Williams dan G.Wilke. Buku ni buku motivasi termahal yang saya pernah beli, walaupun pakai discaunt membership dan baucer ( tak baik kedekut dengan ilmu). Buku ni memang best, antara quote paling best ialah "SOMETIMES A LEADER IS A HEROES OR A SCAPEGOAT." sebab FIRST RULE OF LEADERSHIP EVERYTHING IS YOUR FAULT" daripada bugs life.
                                  Balik kepada program SERU, kami diberi arahan untuk menulis surat kepada diri sendiri, untuk masa hadapan ( time cuti sem ).
                               Menyimpang sekejap, hari jumaat hari tu, kelas asas kebudayaan ada buat ujian personaliti untuk usahawan, saya mendapat skor terendah dalam tegas dan juga mempengaruhi orang,
jadi misi saya sekarang dalam kumpulan hubungan etnik , saya akan cuba untuk jadi lebih TEGAS & MUDAH MEMPENGARUHI ORANG. Semoga Allah SWT memudahkan urusan saya. Amin.
                               Saya dalam kumpulan ke-4, nama kumpulan kami ialah EMPIRE PUMA. 
2:00-5:00 petang:
                    Study Calculus dengan syafiq baha, da tak nak tangguh-tangguh kerja.

9:00-12:30 pagi:
                    Latihan , latihan , latihan...
12:30-2:30 pagi:
                     Kemas kat depan foyer D, sebab ada LARIAN GEMILANG


3 March 2013,

6:00-7:30 pagi,
                siap-siap nak turun ni, masih penat tapi kena buat jugak, kena jaga check point. kemudian setelah semua urusan di kolej telah selesai, semua mula bergerak ke tempat masing-masing sambil naik lori. BEST!

7:45-10:30 pagi,
                kami bukan sahaja menjaga check point tetapi kami juga kena bantu mereka-mereka daripada luar datang ke UM untuk tunjuk jalan, banyak program hari ni, di fakulti perniagaan,linguistik,kejuruteraan,pergigian dan juga sains semua ada program masing-masing.

11:00 pagi -12:00tgh,
                 Larian gemilang tamat. Habislah lah program hari ni , balik bilik tidur sekejap, Malam ni ada praktis lagi. dan kena baca sikit untuk lecture besok.





TERIMA KASIH SEBAB SUDI MEMBACA .


Posted by Unknown
Tag :

Intro To My Legacy


                        Dalam blog ini saya akan post serba sedikit tentang kehidupan saya yang saya ingin kongsikan. Harap para pembaca akan terhibur dengan penulisan saya akan datang. Ini ialah serba sedikit biografi tentang saya. Nama diberi ialah Muhammad Faizal Bin Abd Aziz , rakan-rakan sering memanggil saya Faizal, Pe'jal atau Fesal.
Surau As-Sufi Kolej Matrikulasi Selangor.
                        Dilahirkan di Lumut,Perak bertarikh 20 Oktober 1993. Menetap di Kg. Melayu Subang. Mendapat pengajian awal di Tadika Pasti Al-Firdaus, kemudian Sekolah Agama Kg.Melayu Subang & SK Subang. Dan mengharungi usia remaja di SMK Subang dan menyambung pengajian di Matrikulasi Selangor. Kini berada di Universiti Malaya mengambil kos Kejuruteraan Telekomunikasi.
SMK SUBANG
           Mempunyai 2 adik beradik sahaja , saya anak bongsu, dan mempunyai seorang kakak sulung. Dibesarkan dalam keluarga yang sederhana. Memang membesar di Subang dari kecik sampai sekarang. Hobi saya ialah ambil gambar, makan, belajar benda baru, membaca, dan juga membaiki barang. Cita-cita?
                   
                       BACK THEN I WAS SO OBSESSED TO BECOMING A DOCTOR SOMEHOW I ENDED UP IN ENGINEERING... GOD KNOWS THE BEST.         


motto saya ialah


KADANG-KADANG KITA MEMINTA PADA ALLAH SWT SETANGKAI BUNGA YANG INDAH,
TAPI ALLAH MEMBERIKAN KITA KAKTUS BERDURI.
KITA MEMNITA RAMA-RAMA, TETAPI DIBERIKAN ULAT.
KITA PUN SEDIH KECEWA MAHUPUN MARAH!
NAMUN, KEMUDIAN KAKTUS ITU BERBUNGA. INDAH SEKALI
DANULAT ITU MENJADI RAMA-RAMA YANG CANTIK...

ITULAH JALAN ALLAH SWT,INDAH PADA WAKTUNYA...
ALLAH TIDAK MEMBERI APA YANG KITA HARAPKAN,
TAPI ALLAH SWT MEMBERI APA YANG KITA PERLUKAN...

KADANG-KADANG KITA SEDIH,KECEWA,TERLUKA,BERBURUK SANGKA,
TAPI JAUH DI ATAS SEGALANYA ALLAH SEDANG MERANGKA...
YANG TERBAIK DALAM KEHIDUPAN KITA...
AGAR KITA BELAJAR UNTUK SELALU IKHLAS DAN REDHA...

panjang gila kan.... hahahhaah.....



Friday, March 1, 2013
Posted by Unknown
Tag :

Followers

I Read This

Viewers

Popular Post

Archive

See This
Powered by Blogger.

Blogger templates

- Copyright © My Online Journal -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -