Posted by : Unknown Friday, July 19, 2013

  1. Waktu nak daftar kolej barang-barang berat simpan dalam kereta dulu, lepas siap urusan hitam putih da dapat bilik baru angkat barang-barang
  2. pastikan wajah anda murah dengan senyuman, orang-orang yang anda berurusan itu adalah kebanyakan fasi-fasi anda.
  3. Kalau nak bilik sama dengan kawan daftar kolej sama-sama. 
  4. Prepare botol air siap-siap
  5. Kenali roomate anda, minta nombor telefon cepat-cepat takut-takut jadi apa-apa.
  6. Explore kolej kediaman anda sikit-sikit dahulu.
  7. Sebelum masuk dewan untuk taklimat orentasi pastikan diri anda bersih.
  8. Waktu sesi ice-breaking, betul-betul join program tersebut, hadirkan hati anda dalam program tersebut supaya mudah anda kenal orang sekeliling anda.
  9. Ubah mind set , kalau fasi disiplin jerit-jerit, ingat mereka berlakon sahaja. kalau diri rasa marah sangat just "play along".
  10. Buat apa yang fasi suruh buat bila dalam dewan.
  11. waktu orentasi mungkin penat sikit jadi prepare fizikal dan mental anda
  12. Join pertandingan yang ada dalam orentasi, ada banyak faedahnya.
  13. SENTIASA senyum dan bagi salam pada fasi walaupun nanti diorang akan cakap ada yang tak buat... so cliche...
  14. Jaga pertuturan, minggu orentasi ialah first impression anda. jadi buat elok-elok
  15. kalau mereka bagi nombor telefon sila catit
  16. bawak semua barang amanah
  17. makan dengan kawan
  18. sila hadirkan diri anda dan hati anda dalam setiap program
  19. kalau sakit cakap jangan takut
  20. hari terakhir orentasi tu sabar sabar sabar ( nanti taulah lakonan-lakonan fasi-fasi anda tu)
  21.  hari pertama kuliah pakai biasa-biasa je
  22. pergi dengan kawan
  23. ambik nombor telefon ,nombor cubicle ofis lecturer anda
  24. kenali fakulti anda ( ambik sedikit masa dan jalan-jalan)
  25. kenali rakan-rakan anda ( agak mustahil untuk cari geng dengan cepat, tapi nanti jumpalah)
  26. stick to your budget , awal-awal memang banyak pakai duit
  27. gunalah encik youtube dan encik google untuk sumber ulangkaji anda
  28. selalu duduk depan dan tanya pada lecturer anda jika tak faham
  29. habiskan tutorial seawal mungkin
  30. lab report memang leceh tapi buat, nanti biasalah
  31. naik bas
  32. jangan express tanggapan anda terhadap seseorang, layan mereka semua sama rata. HORMATI SEMUA ORANG.
  33. join program kolej, tapi jangan join banyak sangat
  34. kalau budak UM join program SERU tak rugi langsung
  35. pastikan almari dan bilik sentiasa dikunci
  36. barang-barang telarang pandai-pandailah simpan
  37. Plan masa anda , pastikan ada planner
  38. Sentiasa cek email
  39. start menabung
  40. cas handset setiap malam
  41. berbaik-baik dengan senior
  42. belajar bahasa baru
  43. buat sesuatu yang baru
  44. Jalan-jalan sekitar kampus anda
  45. sentiasa jalan dengan kawan
  46. baca lecture note sebelum ke kelas
  47. wajib breakfast pagi-pagi
  48. kalau nak tukar kos tu, kena ada plan backup dari A sampai K.
  49. Be independant , buat keputusan jangan ikut kawan
  50. Jaga kebersihan bilik asrama
  51. Pergi join program University 
  52. Enjoy your campus life


ni je kot kalau ada apa-apa yang miss komen lah.

{ 1 comments... read them below or add one }

  1. 53. kalau diri rasa dibuli, laporkan segera kepada Hal Ehwal Pelajar.
    54. hormati senior anda tapi jangan takut dengan mereka.

    ReplyDelete

Followers

I Read This

Viewers

Popular Post

Archive

See This
Powered by Blogger.

Blogger templates

- Copyright © My Online Journal -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -